Monday, July 21, 2008
Pencapaian BSMM SMK Serian Pada Tahun 2005
A. Pasukan BSMM muncul sebagai JUARA dalam Pertandingan Perbarisan Antara Badan-Badan Beruniform semasa Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Serian.
B. Kontijen Serian muncul sebagai Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Perbarisan Peringkat Negeri sempena Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia anjuran BSMM Cawangan Sarawak di Padang Merdeka, Kuching. Kontijen ini diketuai oleh Saudara Mackencidy Ak Bujang (6A1).
C. Pertandingan Pertolongan Cemas Antara Cabang (Peringkat Negeri) anjuran BSMM Cawangan Sarawak, Pasukan Serian berjaya mengekalkan kedudukan Tempat Ketiga. Peserta-peserta Pasukan Serian diketuai oleh Zarrin Elen Joseph (6RSN), Mackencidy Ak Bujang (6A1), Patricia Albert (4B) dan Emma Lawrence (4C).
D. Aktiviti Minggu Jualan Bendera Cabang Serian, BSMM SMK Serian kekal sebagai Juara dengan berjaya mengumpul derma terbanyak di Daerah Serian.
E. Anugerah-anugerah peringkat negeri dan kebangsaan yang dimenangi:
1. Sijil Kepujian Peringkat Kebangsaan dianugerahkan kepada:
a. Boon Min Lin (6A4)
b. Morgen Philip Luke (6R4)
c. Jacquiline Ebby Ramli (5B)
d. Dayang Nazia Bt. Abg. Hamden (5B)
e. Lawrence Michael (5E)
2. Anugerah Khidmat Cemerlang Pingat Gangsa Peringkat Negeri dimenangi oleh
a. Christina Khoo (6R4)
b. Zarrin Elen Joseph (6RSN)
3. Anugerah Khidmat Cemerlang Pingat Perak dan Pegawai Belia Terbaik (Kategori B) Peringkat Negeri diamenangi oleh Cik Phang Nyuk Lan.
F. Seramai 15 orang ahli bersama 3 orang guru penasihat telah menyertai MRC Convention 2005 anjuran BSMM Cawangan Sarawak bertuan-rumahkan Cabang Sibu bertempat di Paramount Hotel.
G. BSMM SMK Serian merupakan Barisan AJK Pengelola utama dan Jurulatih bagi Kursus Intensif Kawat Kaki Unit-Unit Belia 2005.
H. BSMM SMK Serian telah menghantar seramai 23 orang tenaga Pembantu Pegawai untuk turut membantu mengelolakan aktiviti dan melaksanakan kerja-kerja urusetia bagi Kem Hutan Peringkat Negeri Ke-4.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment