Monday, July 21, 2008

Pencapaian BSMM SMK Serian Pada Tahun 2007

A. Pasukan BSMM muncul sebagai Juara dalam Pertandingan Perbarisan Antara Badan-Badan Beruniform semasa Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Serian.

B. Aktiviti Minggu Jualan Bendera Cabang Serian, BSMM SMK Serian kekal sebagai Juara dengan berjaya mengumpul derma terbanyak di Daerah Serian. Hasil kutipan pada tahun ini merupakan rekod baru.

C. Anugerah-anugerah peringkat negeri dan kebangsaan yang dimenangi:
1. Anugerah Khidmat Cemerlang Pingat Gangsa Peringkat Negeri (kategori Belia) dimenangi oleh Patricia Anak Albert (6RK5).

2. Anugerah Khidmat Cemerlang Pingat Gangsa Peringkat Negeri (kategori Pegawai) dimenangi oleh Pn. Dora Jau.

3. Pegawai Belia Terbaik (Kategori B) Peringkat Negeri diamenangi oleh Cik Phang Nyuk Lan (5 tahun berturut-turut).

D. Seramai 11 orang ahli bersama 3 orang guru penasihat telah menyertai MRCS Convention 2007 anjuran BSMM Cabang Stampin bertempat di Penview Inn.

E. BSMM SMK Serian merupakan Barisan AJK Pengelola utama dan fasilitator bagi Kursus Pertolongan Cemas dan Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Unit-Unit Belia, Cabang Seian 2007.

F. BSMM SMK Serian telah menghantar seramai orang tenaga 12 Pembantu Pegawai untuk membantu mengelolakan aktiviti dan melaksanakan kerja-kerja urusetia bagi Perkhemahan Hutan Peringkat Negeri Ke-5.

G. Seramai 20 orang ahli sebagai pembantu Bahagian Kecemasan dan 40 orang ahli terlibat dalam perbarisan sempena Perhimpunan Murid Menghayati Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak 2007 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

H. Seramai 12 orang ahli terlibat sebagai pembantu Bahagian Kecemasan semasa Pertandingan Acara Lari Berganti-ganti MSSM Bahagian Samarahan di Stadium Kota Samarahan.

I. Anugerah yang dimenangi di peringkat sekolah:
1. BSMM SMK Serian memenangi Anugerah Unit Beruniform Terbaik SMK Serian, Tahun 2007 (bagi kategori unit-unit beruniform).
2. Pegawai Belia, Cik Phang Nyuk Lan memenangi Anugerah Jurulatih Perempuan Terbaik bagi kategori unit-unit beruniform).
3. Patricia Anak Albert (6RK5) memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum kategori perempuan - unit-unit beruniform).
4. Randy Anak Biyan (6RK3) memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum (kategori lelaki - unit-unit beruniform).
5. Angelina Anak Lawrence (5S1) memenangi Anugerah Pelajar Harapan Kokurikulum kategori perempuan - unit-unit beruniform).
6. Fabian Anak Sanggah (6AK4)memenangi Anugerah Khas PIBG SMK Serian 2007 - iaitu anugerah tertinggi bagi seseorang pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang pencapaian akademik dan kokurikulum.
7. Lai Nan Poh (6AK3) memenangi Anugerah Khas ESSSA SMK Serian 2007 - iaitu anugerah tertinggi dalam bidang pencapaian akademik.

No comments: