Monday, July 21, 2008

Pencapaian BSMM SMK Serian Pada Tahun 2006

A. Pasukan BSMM muncul sebagai JUARA dalam Pertandingan Perbarisan Antara Badan-Badan Beruniform semasa Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Serian.

B. Anugerah-anugerah peringkat negeri dan kebangsaan yang dimenangi:
1. Sijil Kepujian Peringkat Kebangsaan dianugerahkan kepada:
a. Ho Xiu Xiang (6A1/2005)
b. Patricia Albert (5B)
c. Emma Laurence (5C)

2. Anugerah Khidmat Cemerlang Pingat Gangsa Peringkat Negeri dimenangi oleh:
a. Pn. Lau Ben Leong
b. Shaiffudin B. Mustafa (6ASN)

3. Pingat Perkhidmatan Lama Bar 1 dan 2 dianugerahkan kepada:
a. En. Alexander Mandi
b. En. George Narui akLujek

4. Anugerah Pegawai Belia Terbaik (Kategori B) Peringkat Negeri dimenangi oleh Cik Phang Nyuk Lan (4 tahun berturut-turut).

5. Anugerah The Best Youth Leader (Kategori B) dimenangi oleh Zarrin Elen Joseph (6ASN)

C. Atas sumbangan yang bermakna dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam BSMM, Cik Phang Nyuk Lan telah dianugerahkan Anugerah Guru Madani Kokurikulum (Sekolah Menengah) Peringkat Bahagian Samarahan. Anugerah tersebut hanya diberi kepada seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan sahaja.

D. Seramai 11 orang ahli bersama 4 orang guru penasihat telah menyertai MRC Convention 2006 anjuran BSMM Cawangan Sarawak bertuan-rumahkan Cabang Miri bertempat di Eastwood Valley.

E. Seorang guru dan 4 orang ahli telah dihantar untuk membantu dalam Bahagian Kecemasan sempena Perlawanan Tenis Terbuka MSSM Sarawak Peringkat Kebangsaan di SLTA, Kuching.

F. Pada 28 – 31 Julai 2006, seramai 5 orang guru penasihat dan 40 orang ahli terlibat sebagai pembantu Bahagian Kecemasan sempena PSKPP Peringkat negeri di Samarahan.

G. BSMM SMK Serian merupakan Barisan AJK Pengelola utama dan Jurulatih bagi Kursus Pertolongan Cemas dan Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Unit-Unit Belia BSMM Cabang Serian 2006.

H. Anugerah yang dimenangi di peringkat sekolah:
1. Unit Beruniform Terbaik 2006
2. Jurulatih Cemerlang Unit Beruniform (Kategori Perempuan) – Cik Phang Nyuk Lan
3. Kepimpinan Cemerlang Unit Beruniform (Kategori Perempuan) – Pn. Lau Ben Leong
4. Anugerah Khas Keluarga Terbaik (Kategori Unit Beruniform) – Keluarga En. Albert Jerome Sanden / Patricia Albert (5B) & Christina Albert (2E).
5. Pelajar Cemerlang Kokurikulum (keseluruhan) – Christina Khoo (6A4)
6. Pelajar Cemerlang Unit Beruniform (Kategori Perempuan) – Christina Khoo (6A4)
7. Pelajar Cemerlang Unit Beruniform (Kategori Lelaki) – Shaiffudin B.Mustafa (6ASN)
8. Pelajar Cemerlang dalam Kelab & Persatuan (Kategori Lelaki) – Phang Kong Min (6A2)
9. Pelajar Harapan dalam Kelab & Persatuan (Kategori Perempuan) – Christina Khoo (6A4)

No comments: